
Mari...mari.... Marilah kita mengumpul seberapa banyak mainan hotwheels ini sehingga merasai kepuasan dan merasakan "semua kereta aku dah ada!!"... Ayuh!

Tepat Jam 3 petang maka bermulalah aktiviti yang pertama iaitu menjelajah ke Gua Telinga..belum pernah masuk ke dalam telinga!?>:{...Perjalanan yang perlu ditempuhi adalah terpaksa menaiki Bot Panjang dan meredah hutan...Haha.best naik bot ni,hilang masalah di otak..Keadaan di Gua amat sejuk bagaikan berada di Genting Highland. Kelawar pun banyak siap terbang-terbang di sekitar kepala dan terjumpa seekor Katak besar, baik punya!!
Pada malam tu juga ada aktiviti 'Jungle Walk' dan perlu manaiki bot untuk masuk ke hutan. Hutan yang tebal amat mengerikan. Bunyi pun macam-macam ada...tapi memang sah seronok..satu-satunya pengalaman baru buat aku.
Hari keesokannya, jam 7.30 kami bertolak untuk 'Jungle Traking' lagi..siap naik puncak bukit Teresik dan turun balik menuju ke 'Jambatan Gantung' yang terpanjang di asia. Wah!sungguh mencabar!!!
Pada pentangnya pula kami ke sebuah perkampungan asli kaum Batik..perjalanan dengan bot juga, tapi makan masa 15minit jugak la..Banyak pengalaman yang diperolehi..dan yang time best skali kami naik bot disimbah dengan air sungai yang begitu sejuk sekali akibar berselisih dengan bot rakan yang lain..gelak tak ingat ler...!!
Aktiviti malam juga diisi dengan mengadakan jamuan BBQ di restoran tempat kami menginap. Mungkin susah nak digambarkan keseronokan yang hanya dirasai oleh setiap ahli yang menyertai program ini.
Jam 12 tengah hari keesokanya kami bertolak pulang ke Kuala Lumpur dengan meyimpan seribu kenangan yang tak boleh dilupakan. Sekian....
Tampa menghiraukan jiran tetangga, penghuni rumah bernombor 38 Taman Kembangsari mengadakan aktiviti memecah tanah di antara kawasan perking kereta hadapan rumah dengan sebatang pokok mangga berhampiran...hahaha..takde la,sebenarnya buat bbq je dimalam Krismas...ramai tu tak la ramai sangat, tapi boleh dikatakan kecoh jugak la sampai jiran sebelah terikut sekali aktiviti ini...aktiviti ini diilhamkan oleh En. Erin, En. Bob, En. Zul serta penulis ni sendiri dan dihadiri tetamu jemputan En Azfar dan En Jambuu...Dalam masa yang sama, En Jambuu ni takboleh lepak lama sangat sebab ayah dia dah warning awal-awal suro balik cepat..hehe..biasala,ayah seorang askar..kalau lambat mesti kena ketuk ketampi 100kali...Function ni start agak lewat skit dalam 11.30mlm memandangkan setiap ahli perlu menyelesaikan tangungjawab sebagai Lelaki(perlu Dating dengan awek masing-masing dulu..kalau tidak tak tenang la nak bakar ayam..yesss). Yang tak boleh tahan tu, selang je 2-3 hari jiran sebelah la pulak nk bbq...cey.cey..tirula tu..haha..ape-ape pun ayam sekor setengah tetap habis dimakan...