Tuesday, January 22, 2013

Perkembangan skate di Besut(Tempat asal) semakin meningkat berbanding sebelum ini. Kini memberi kesan pada skater lama Apis yang telahpun membuat 'comeback' setelah lima tahun menyepikan diri.

Hai..! Agak sudah lama tak ketemu di blog ini, banyak semak-samun nak tebas ni..

Tuesday, October 19, 2010

Hotwheels RM6.90


Mari...mari.... Marilah kita mengumpul seberapa banyak mainan hotwheels ini sehingga merasai kepuasan dan merasakan "semua kereta aku dah ada!!"... Ayuh!

Thursday, March 18, 2010

Taman Negara Malaysia.


Kali ni trip ke Taman Negara, Pahang 19 Februari 2010 dan hanya membelanjakan RM200 sahaja. Trip ni bersama geng-geng ofis UPM. Seramai hampir 30 orang staf Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM telah menyertai aktiviti yang sihat ini. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 6 jam dari Kuala Lumpur amatlah memberi pengalaman yang baru bagi setiap ahli.Tepat jam 2.15 petang kami tiba di salah sebuah motel yang dikenali sebagai TRV Motel. Kira boleh la setakat 2 malam duk motel ni, lagipun banyak masa berada di luar bukan nya di dalam motel.Tepat Jam 3 petang maka bermulalah aktiviti yang pertama iaitu menjelajah ke Gua Telinga..belum pernah masuk ke dalam telinga. Perjalanan yang perlu ditempuhi adalah terpaksa menaiki Bot Panjang dan meredah hutan.'Haha.'best naik bot ni, hilang masalah di otak. Keadaan di Gua amat sejuk bagaikan berada di Genting Highland. Kelawar pun banyak siap terbang-terbang di sekitar kepala dan terjumpa seekor Katak besar, baik punya!

Pada malam tu juga ada aktiviti 'Jungle Walk' dan perlu manaiki bot untuk masuk ke hutan. Hutan yang tebal amat mengerikan. Bunyi pun macam-macam ada,tapi memang sah seronok dan satu-satunya pengalaman baru buat aku.

Hari keesokannya, jam 7.30 kami bertolak untuk 'Jungle Traking' lagi, siap naik puncak bukit Teresik dan turun balik menuju ke 'Jambatan Gantung' yang terpanjang di asia. Wah!sungguh mencabar!
Pada pentangnya pula kami ke sebuah perkampungan orang asli kaum Batik. Perjalanan dengan bot juga, tapi makan masa 15 minit jugak la. Banyak pengalaman yang diperolehi dan yang time best skali kami naik bot disimbah dengan air sungai yang begitu sejuk akibat berselisih dengan bot rakan yang lain, gelak tak ingat ler...!!

Aktiviti malam juga diisi dengan jamuan BBQ di restoran tempat kami menginap. Mungkin susah nak digambarkan keseronokan yang hanya dirasai oleh setiap ahli yang menyertai program ini.

Jam 12 tengah hari keesokanya kami bertolak pulang ke Kuala Lumpur dengan meyimpan seribu kenangan yang tak boleh dilupakan. Sekian....

Tuesday, August 18, 2009

My Skatevideo.



Ha..bosan-bosan tak tahu ape nk upload..video skate buatan sendiri menggunakan handphone..haha..

Tuesday, July 28, 2009

HEEARGHH.......


Kami Juga Ada Senjata Yang Hebat

Monday, January 12, 2009

Waktu Kosong Di Rumah.






Rumah kami bukanlah setinggan dan waktu diisi dengan aktiviti berpatutan....